Kelas Nadi Mahir Foto Short Learning Course (Sls) – Kamera Jadi Duit

21 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2025, telah berlangsung Kelas Mahir Foto Short Learning Course (SLS) – Kamera Jadi Duit secara atas talian. Kelas ini bermula pada jam 1:00 petang sehingga 1:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Foto Short Learning Course (SLS) Sesi ini sangat mudah diikuti dan sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk yang baru pertama kali mencuba. Sesi ringkas ini sangat sesuai untuk pemula yang ingin cuba bidang content creation secara santai tetapi berpotensi menjana pendapatan

Dengan adanya program Short Learning Course (SLS) ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali